♥ FRIENDS ARE LIKE BEAUTIFUL GARDEN ♥

Wednesday, December 22, 2010

GIGI BESI!



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


GIGI BESI,KAWAD GIGI, BRACES, PENDAKAP GIGI adalah benda yang sama. Benda ini amat diperlukan untuk membetulkan keadaan gigi seseorang yang agak terabur, tidak mengikut susunan yang telah ditetapkan, lintang pukang dan sebagainye..:) Kalau gigi da lurus tak perlu la nak pakai benda alah ni kan, ingat murah ke?? Braces ni boleh dipasang pada seseorang seawal usia 8tahun **not very sure** senang cerita, bila gigi asal dah abes tercabut & gigi kekal da tumbuh.

Kalau korang biasa baca blog aku, korang akan tau yang aku pernah pakai braces. **sila rujuk entri ni untuk keterangan lanjut: GIGI ASET TERPENTING



Ada 2 options actually kalau nak pasang braces nih, either korang leh pasang kat PRIVATE??? or GOVERNMENT??. Kalau korang pilih untuk pasang braces ni kat PRIVATE, macam biasa la anda perlu korbankan WANG dan dapat menjimatkan masa. Macam biasala kan, bile sebut private je, everything about MONEY! Kalau korang pilih kerajaan pulak, ia amatla menjimatkan TETAPI korang perlu korbankan MASA! Paham x??

Contoh dalam kes aku. Aku pilih nak pasang kat klinik private sebab cepat. Just 2tahun jangkamasa yang perlu ditunggu untuk meluruskan struktur gigi tapi bayaran yang harus dibuat ialah RM3500(bergantung kepada seteruk mana struktuk gigi anda).**actually RM3500 bukan la kena bayar sekelepuk/sekaligus, boleh dibincang dengan doktor anda. Macam aku, aku pilih nak bayar RM100 sebulan (every months kena jumpa doktok untuk mengetatkan besi gigi, so every month la kene bayar RM 100 tuh).** Kalau korang nak pilih pasang kat government, WAITING LISTS je da amik masa 2-3 tahun, tapi kos yang perlu dibayar about RM500. Jadi anda perlu membuat pilihan yang tepat!



Struktuk gigi aku dulu tak de la lintang pukang sangat sebenarnye, cuma ada sebatang gigi ni je yang degil & ia tumbuh bukan pada landasan yang ditetapkan. Masa kecik semua itu tak menjadi masalah, betol x?? lantak la! Tapi bila da besar, da boleh pikir masa depan, mula la risau gigi terabur. Iyela, kang nak berurusan ngan orang ramai, ko senyum je nampak gigi yang terabur tuh. MALU KOT!! huhu. Nak senyum pon kena cover2 ayoyooyoy~~ Jadi aku buat keputusan pakai braces!

Bertuah sikit aku nih, sebab aku xperlu nak cabut mana2 gigi untuk memasukkan sebatang gigi yang terkeluar tuh. Ini pon bergantung kepada seteruk mana kelintang pukang gigi korang. Lagi lintang pukang, lagi banyak la gigi yang perlu dicabut untuk memberi ruang gigi yang lintang pukang tuh masuk ke landasan nye..hehehe

SAKIT???? Pengakuan jujur dari seseorang yang pernah pasang/ pakai braces. Benda alah ni xde la sakit sangat. Aku mula2 nak pakai pon risau sebab dengar cerita orang cakap sakit sampai berguling2 la kalau pakai besi kat gigi nih. Semua itu TIPU! 2 3 hari je korang akan rasa ngilu lepas 2 kehidupan berjalan seperti biasa. Boleh je nak makan Big Mac (cume lepas makan tuh kene bersihkan la sisa2 makanan kat celah2 braces tuh, kang ko senyum nampak semua2 sisa tuh, OMG! geli kot!! ).

Setelah berhempas pulas menggodek semua folder dalam laptop akhirnye terjumpe gambar nih. :) BRACES GIRL



Genap 2tahun, aku hidup dengan braces nih, serius terasa sangat sayang & sedih nak bukak. Tapi kena bukak jugak, xkan nak pakai sampai karat kan..hehe. INILAH HASILNYE~~ winkkkkkkkkkkkk~!!!



Braces ni satu masa dulu pernah menjadi satu igauan yang sangat mengerikan. Mane taknye, sape pakai braces je akan diejek. Tapi sekarang Braces da menjadi trend. So xperlu nak malu. Just do it sebab hasilnye amat menakjubkan..hahah..






Sekian.
♥ nabilahazwani ♥

5 comments:

Hood Kamel said...

secara jujur mmg saya pun nak buat braces ni dulu tp kwn2 semua ckp sakit ya amat.so sy lupakan saja niat tu..tp pas baca post awak ni mcm nak pasang semula la...
kat klinik gigi mana awak buat?

Nabilah Hazwani said...

hai.. kite pasang kat klinik area uma ni je kat cheras, Klinik Azizah~~ serius xde la sakit macam yang orang lain gambarkan.. ngilu sikit je... kalau da wat/pasang braces nnt leh la share pengalaman ye.. :)

Anonymous said...

i love dis story!!

Anonymous said...

i love dis story!!

Nabilah Hazwani said...

Iqin Say: hai, golongan yang turut bergigi besi...hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...