♥ FRIENDS ARE LIKE BEAUTIFUL GARDEN ♥

Friday, December 31, 2010

Thursday, December 30, 2010

TAHNIAH MALAYSIA!



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




SAFEE SALI


Penjaring terbanyak dalam SUZUKI CUP berjaya diraih oleh mamat kat atas nih.hehe. TAHNIAH MALAYSIA!!! Tahniah kepada semua pemain, dan tahniah lebih sikit kepada Muslim, Norshahrul Talaha & En. K Rajagobal..=)

KHAIRUL FAHMI CHE MAT


Dan ini pula ialah goalkeeper yang paling hangat dipasaran Malaysia sekarang.hehe. Mane xnye, abes je perlawanan , nama beliau menjadi sebutan semua penghunu Facebook & Twitter~~ :) Lupe sekejap kat Remy Ishak & Fahrin Ahmad..ayoyo~~ Tahniah jugak kat Apek sebab beraksi dengan sangat baek semalam..:)

**Apex ni da ade GF~~ so kepada gadis yang siang malam termimpi2kan Apek ni, lupekan hasrat anda ye..heheh. Check this blog http://jejariruncing.blogspot.com/





Sekian.
♥ nabilahazwani ♥

Monday, December 27, 2010

SKUAD KEBANGSAAN!



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Inilah barisan kita~~ :)


Haha~~ Demam bola kembali.:) Piala Suzuki 2010. Okeh! Actually aku ni memang tak barape nak minat skuad kebangsaan ni dulu, tapi tak tau kenapa sejak En. K. Rajagobal menjadi jurulatih, dengan tibe2 semangat plak kan nak tengok. Siap menghitung hari, jam, minit dan saat la nak tengok perlawanan akhir SUZUKI CUP nih. Ayoyo~~




Macam semua orang tau, malam tadi Malaysia dah mengganyang Indonesia 3-0! Fuhhhh!! hilang suara menjerit GOALLLLLLL!!! :) Tapi agak tekanan ngan pengadil, aku rasa macam berat sebelah je, Indonesia banyak buat fouls,tapi rilex saje pengadil buat2 tak nampak. Patot bagi penalti tapi tak bagi..ish!!!! tension! Its ok. Dah menang 3-0.yepppiiii~~ So, nanti lawan kat Indon untuk pusingan kedua, harap Malaysia menang lagi, dan aku seperti biasa tak reti nak sabar untuk tunggu hari rabu untuk perlawanan seterusnya... CHAIYOK MALAYSIA!!!!

APEK! Chaiyok! jangan bagi bolos~ :)





Sekian
♥ nabilahazwani ♥

Friday, December 24, 2010

MELAKA WONDERLAND =)



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Seperti yang telah dijelaskan dalam entri sebelom ni yang bertajuk "BUKIT TINGGI" semua plan percutian kami telah terbatal dengan serta merta disebabkan banjir dan keadaan cuaca yang tak begitu baek. Jadinye masing2 da macam ayam berak kapur duduk kat rumah tanpa sebarang aktiviti, dan ayah buat keputusan untuk ke MELAKA WONDERLAND,MELAKA.



Actually, agak tertipu dengan khabar angin.huhu. Ade khabar2 mengatakan tempat ni terbesar kat Asia!!haha. Memang la sekali dengar macam tak logik, tapi sebagai manusia biasa kita memerlukan bukti untuk menunjukkan kesahihan.Betol x?? So dengan excitednye bersiap & menerjah masok ke wonderland ni~~huhuh T_T

ini la tempat pengunjung BERTUKAR!!!


setelah masuk!!jeng! jeng! jeng! BAPAK KECIK!!! selak orang baru nampak air~


mak sebagai pemerhati anak2nye bermain air :)


1st game


2nd game!


Terbaek!!!! sebab terhantuk kat lantai kolam. Hilang ingatan aku sekejap! Serius ni xmaen2. Menggigil satu badan, sampaikan pengunjung2 yang lain takot nak maen gelongsor air tuh bile tengok keadaan aku.huhu..... FOBIA!!

Leh senyum lagi dalam keadaan sakit, kepala benjol! ayoyo~~~~ pelik!!!


Start dari itu, mood aku terus termati nak teruskan permainan, membazir je bayar tiket!huhu. Jadi la tukang amik gambar je..





makan time!


balik!!!


Actually, tempat ni sangat tak selamat nak compare ngan team park yang lain. Nak kata baru, BUKIT GAMBANG,KUANTAN pon baru tapi ciri2 keselamatan yang disediakan sangat complete kot! Korang bayangkan masa turun dari gelongsor tak de penyelamat nak control kita punye pelampong, memang terbaek la aku terantuk kat dasar kolam kan..huhuh.. Tempat ni kecik okay! Sangat tidak berbaloi! Kesimpulan yang boleh dibuat ialah MELAKA WONDERLAND IS NOT RECOMMENDED!! hahaha




Sekian.
♥ nabilahazwani ♥

Wednesday, December 22, 2010

GIGI BESI!



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


GIGI BESI,KAWAD GIGI, BRACES, PENDAKAP GIGI adalah benda yang sama. Benda ini amat diperlukan untuk membetulkan keadaan gigi seseorang yang agak terabur, tidak mengikut susunan yang telah ditetapkan, lintang pukang dan sebagainye..:) Kalau gigi da lurus tak perlu la nak pakai benda alah ni kan, ingat murah ke?? Braces ni boleh dipasang pada seseorang seawal usia 8tahun **not very sure** senang cerita, bila gigi asal dah abes tercabut & gigi kekal da tumbuh.

Kalau korang biasa baca blog aku, korang akan tau yang aku pernah pakai braces. **sila rujuk entri ni untuk keterangan lanjut: GIGI ASET TERPENTING



Ada 2 options actually kalau nak pasang braces nih, either korang leh pasang kat PRIVATE??? or GOVERNMENT??. Kalau korang pilih untuk pasang braces ni kat PRIVATE, macam biasa la anda perlu korbankan WANG dan dapat menjimatkan masa. Macam biasala kan, bile sebut private je, everything about MONEY! Kalau korang pilih kerajaan pulak, ia amatla menjimatkan TETAPI korang perlu korbankan MASA! Paham x??

Contoh dalam kes aku. Aku pilih nak pasang kat klinik private sebab cepat. Just 2tahun jangkamasa yang perlu ditunggu untuk meluruskan struktur gigi tapi bayaran yang harus dibuat ialah RM3500(bergantung kepada seteruk mana struktuk gigi anda).**actually RM3500 bukan la kena bayar sekelepuk/sekaligus, boleh dibincang dengan doktor anda. Macam aku, aku pilih nak bayar RM100 sebulan (every months kena jumpa doktok untuk mengetatkan besi gigi, so every month la kene bayar RM 100 tuh).** Kalau korang nak pilih pasang kat government, WAITING LISTS je da amik masa 2-3 tahun, tapi kos yang perlu dibayar about RM500. Jadi anda perlu membuat pilihan yang tepat!



Struktuk gigi aku dulu tak de la lintang pukang sangat sebenarnye, cuma ada sebatang gigi ni je yang degil & ia tumbuh bukan pada landasan yang ditetapkan. Masa kecik semua itu tak menjadi masalah, betol x?? lantak la! Tapi bila da besar, da boleh pikir masa depan, mula la risau gigi terabur. Iyela, kang nak berurusan ngan orang ramai, ko senyum je nampak gigi yang terabur tuh. MALU KOT!! huhu. Nak senyum pon kena cover2 ayoyooyoy~~ Jadi aku buat keputusan pakai braces!

Bertuah sikit aku nih, sebab aku xperlu nak cabut mana2 gigi untuk memasukkan sebatang gigi yang terkeluar tuh. Ini pon bergantung kepada seteruk mana kelintang pukang gigi korang. Lagi lintang pukang, lagi banyak la gigi yang perlu dicabut untuk memberi ruang gigi yang lintang pukang tuh masuk ke landasan nye..hehehe

SAKIT???? Pengakuan jujur dari seseorang yang pernah pasang/ pakai braces. Benda alah ni xde la sakit sangat. Aku mula2 nak pakai pon risau sebab dengar cerita orang cakap sakit sampai berguling2 la kalau pakai besi kat gigi nih. Semua itu TIPU! 2 3 hari je korang akan rasa ngilu lepas 2 kehidupan berjalan seperti biasa. Boleh je nak makan Big Mac (cume lepas makan tuh kene bersihkan la sisa2 makanan kat celah2 braces tuh, kang ko senyum nampak semua2 sisa tuh, OMG! geli kot!! ).

Setelah berhempas pulas menggodek semua folder dalam laptop akhirnye terjumpe gambar nih. :) BRACES GIRL



Genap 2tahun, aku hidup dengan braces nih, serius terasa sangat sayang & sedih nak bukak. Tapi kena bukak jugak, xkan nak pakai sampai karat kan..hehe. INILAH HASILNYE~~ winkkkkkkkkkkkk~!!!



Braces ni satu masa dulu pernah menjadi satu igauan yang sangat mengerikan. Mane taknye, sape pakai braces je akan diejek. Tapi sekarang Braces da menjadi trend. So xperlu nak malu. Just do it sebab hasilnye amat menakjubkan..hahah..






Sekian.
♥ nabilahazwani ♥

Monday, December 20, 2010

BUKIT TINGGI =)



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Seperti cuti2 semester yang sebelum2 ini, bercuti satu family adalah salah satu aktiviti yang wajib antara kami sekeluarga. Tetapi pada cuti sem kali ini, kiteorang tak dapat nak berjalan jauh2. Pada mulanya, plan nak pergi Taman Tamadun Islam, Terengganu. Tetapi aku bukak2 mata je pagi tadi terdengar berita mengatakan yang Kemaman BANJIR!!huhuh. Semuanya terbantut & terbatal. Ini la yang dikatakan "kita hanya merancang, tapi tuhan yang akan menentukan segalanya".

Okeh! disebabkan kiteorang punya plan asal da terbatal dengan serta merta, keluarla idea nak ke Bukit Tinggi. Iye, ini kali pertama kiteorang satu family akan ke sana. Selama ni tengok gambar kawan2 pergi je.:)

Perjalanan lebih kurang 2jam, tapi agak memeningkan sebab bukit die perghhhhhhhhhhhh!!! tinggi gile!!huhuh... Serius, aku xtau langsung tempat tuh macam mane rupe, dengan selambe pakai kasut tinggi. Sampai2 je, amik kau!!! kne jalan kaki & naek2 bukit~~~huhuhuh... agak terkedek2 la jugak aku kan..adoiiiiiiiii!!

pendakian bermula


xabes2 mendaki..ayoyo


Setelah berhempas pulas mendaki, YES!!! akhirnye sampai..:)

maen2 ngan ikan koi


sangat geram tengok ikan yang gemok2 nih






Memang tak dapat dinafikan, tempat ni sangat cantik. Sangat sesuai untuk menghilangkan tekanan setelah penat bekerja..ececehhh. Sejuk pon sejuk, udara nyaman je..seronok!!





Best kalau ade sekor teddy sebesar ini kat uma..hehe




hanya mampu amik gambar rabbit ni je, nak pegang memang takot!huhu... Ade rupe2 kucing kan rabbit nih..SERAM!





Sekian






♥ nabilahazwani ♥

Sunday, December 19, 2010

MEANINGS OF FAILURE

Failure doesn't mean - "You are a failure,"
It means - You have not succeeded.

Failure doesn't mean - "You accomplished nothing,"
It means - You have learned something.

Failure doesn't mean - "You have been a fool,"
It means - You had a lot of faith.

Failure doesn't mean - "You don't have it,"
It means - You were willing to try.

Failure doesn't mean - "You are inferior,"
It means - You are not perfect.

Failure doesn't mean - "You've wasted your life,"
It means - You have a reason to start afresh.

Failure doesn't mean - "You should give up,"
It means - "You must try harder.

Failure doesn't mean - "You'll never make it,"
It means - It will take a little longer.

Failure doesn't mean - "God has abandoned you,"
It means - God has a better way for you.





♥ nabilahazwani ♥

Saturday, December 18, 2010

Thursday, December 16, 2010

(♥‿♥)




I’m not looking for someone who has EVERYTHING,
But someone who has TIME to spend with me MORE than ANYTHING.



Monday, December 13, 2010

♥ ♥ ♥




True love comes only once a lifetime
it suddenly knocks on your Heart
so when the right love comes
Don't ever let it go...
so,
i'll hold u tightly and never let u go
because u have my heart






♥ nabilahazwani ♥

Friday, December 10, 2010

My exam result~



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Bangun pagi gosok gigi, cuci muka dan mandi~~~~lalalalala.. Okeh! terlupe lirik..heheh. Bukan tujuan utama nak menyanyi ok bangun pagi2 nih. Seperti pelajar2 UITM yang lain, tarikh 10 Dec 2010 adalah tarikh yang ditunggu2. Masa ni la, jantung pengepam darah dengan cepatnya, tido malam pon xlena la kalah orang bercinta.**perlu ke bercinta xlena tido, aku lena je..heheheheh =)

Setelah cek email, xmain la berebut2 nak log in student portal, sekarang UITM da canggih sikit, send result student kat email. Terima Kasih UITM kerana memudahkan urusan kami..hehehe.. ALHAMDULILLAH~~~ hanya itu yang mampu aku ucapkan kepada-Nya. Walaupon ade sedikit spoil, tapi xpe alhamdulillah. Yang spoil tuh, aku memang da leh agak~~ salah sendiri kan, kecuaian sendiri tapi agak kecewe la..huhuhuhu.Hilang terus mood pagi2 nih..

Its ok~~**pujuk diri sendiri** Sekurang2nye pointer naek la sikit..walaupon xde la hebat mane...T_T. Untuk sem depan, pulunnnnnnnnnnnnnnn!!!!!! habis2an, last sem kan...kalau dapat dekan pon ok..heheh..

Group Discussion. Thanx!!! Dari kanan Kaplek, Kakpot, Ziha, Phanna & Faiz



**Thanx jugak diucapkan kepada budak2 uma, En Pelangi & mak ayah!





♥ nabilahazwani ♥

Wednesday, December 8, 2010

KL MOTOR SHOW 2010



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم















**cukup sekadar gambar yang menceritakan segalanya..heheheh

♥ nabilahazwani ♥

Monday, December 6, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Happy Birthday to Me
Happy Birthday to Me
Happy Birthday Nabilah Hazwani
Happy Birthday to Me


Hahahah~~ perlu ke nak nyanyi untuk diri sendiri~


05 DECEMBER 2010~~ Genap la umur ku 22 tahun. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk mengecapi keindahan dunia & masih ada masa untuk terus beribadat kepada-Nya.

ni la gambar birthday girl. :) Dari kiri berumur **anggaran** 5bulan, 4tahun & sekarang 22tahun




Thank to my family, kawan2 dan En Pelangi sbb wish & ingat hari istimewa nih..:)

Thank lagi sekali to En Pelangi sbb u make my day semalam. Thank sangat2. HACKS!!!

From my Pelangi


From my Parents


Today maybe akan meraikan my birthday ngan my family pulak. Yeppppppiiiiiii


♥ nabilahazwani ♥

MAHA 2010



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Hai semua. Agak busy 2 3 hari nih.heheh. Tah buat ape pon xtau, sampai xsempat nak update blog nih. Sorry ye. Okeh! Seperti tajuk entry kali ni MAHA 2010. Sesiapa yang xtau MAHA 2 binatang ape, silala google ye, actually MAHA bukan binatang tapi satu pameran pertanian, penternakan dan.....dah lupe la..hahah..

Macam mane nak start tah, T_T. Sebenarnye my mom yang nak sangat pergi MAHA nih, lagipon xde ape nak wat kan weekand. Dah lame jugakla kami xkeluar satu family so itulah masanya. MAHA ni diadakan di UPM, Serdang. Pukul 9.30pagi kiteorang gerak dari uma & pukul 10.00 pagi da terpacak depan pintu pagar UPM tuh, bukan nye terpacak sebab da leh masok tengok pameran, tapi terpacak sebab JEM!huhuhu. 3KM la jugak kiteorang tersangkut kat JEM tuh! Itu je da mematikan mood aku nak teruskan perjalanan, puas pujuk ayah suruh patah balik, tapi mak nak pergi jugak, ayah kene la ikot kan..hehehehhe.. Setelah berhempas pulas mencari parking, akhirnye sampaiiiii~~~ yahoooooo =)


nak tergelak pon ade bile tengok orang naek bende nih nak pegi kat tempat pameran..heheh.. Kerete angkut kuda kan nih~~~


Tapi kiteorang memilih untuk berjalan kaki. Baik untuk kesihatan kan..:)


Ayam pon berebut2 orang nak tengok, termasok la tuan empunye blog nih..hehe


Tak tau kat mane silapnye, aku rasa agak tak ade ape yang menarik kat pameran nih, ade pokok2, baja2, makan2 , produk2 tempatan. mungkin la ada sikit antarabangsa punye produk, tapi tah~~~~ BOSAN! Itu adelah kesimpulan yang boleh dibuat. Hypotesis??? xsempat nak kaji plak..heeheh.

muke ko selebar belon, nadia..hehehe.. maaf!


Yahooooo~~ da nak balik..


Sekian dari saya.

♥ nabilahazwani ♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...