♥ FRIENDS ARE LIKE BEAUTIFUL GARDEN ♥

Friday, February 25, 2011

Tooth Crown @ Gigi Sarung



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Hai semua. Dalam kesibukan semua manusia menyiapkan dissert sempat lagi aku nak mengupdate blog. Nak muntah kot asik menghadap dissertation tuh, serius agak tekanan! XSUKE! Dah lupekan pasal dissertation tuh. Meh aku nak share pengalaman sikit.

Crown ni boleh dibuat untuk menggantikan struktur gigi yang telah rosak. Gigi aku dulu pernah dibuang sarafnya atas sebab2 tertentu, jadi gigi itu dah xkuat. Untuk melindingi struktur gigi tersebut, doktor menasihatkan aku untuk buat Crown nih. Sebagai QS, pasti kos yang akan diperdebatkan..hehe. Okeh! Nak buat benda alah nih akan menelan kos sebanyak RM 1300 untuk sebatang gigi. Actually die ade 3peringkat harga depend on quality kerja. Start dari RM600, RM 1300 & yang terakhir RM 1500. Jadi disebabkan budget pada ketika itu tak brapa nak ada, aku memilih untuk buat Crown yang berharga RM 1300.


Mungkin ada yang tak tau apa yang dimaksudkan dengan Crown gigi. Sila rujuk gambar dibawah untuk keterangan lanjut:




Figure 1: Menunjukkan dimana gigi yang telah rosak dan perlu disarungkan untuk memelihara struktur gigi berkenaan.

Figure 2: Struktur gigi yang rosak tuh, akan di "TRIM"(dibentuk) untuk memudahkan gigi sarung itu dipasang. Pada peringkan ini, doktor akan amik acuan gigi kita untuk tau bentuk dan saiz sebenar gigi kita, untuk tempah Crown. Gigi sarung tuh akan siap dalam masa 1-2minggu

Figure 3 & 4: Bila gigi sarung (CROWN) dah siap, ia akan di sarung & cement + dilaser untuk menstabilkan Crown tersebut.

**Material CROWN ni lebih kurang macam kaca, ada kemungkinan ia akan retak kalau kita gigit sesuatu yang keras menggunakan gigi crown tersebut. So, kalau dah buat gigi crown nih, kene la jaga betul2 ye. :)

Hasilnya amatla menakjubkan sebab rupa gigi sarung tuh xbanyak beza pon dengan gigi asal. Tapi kalau ditelek betul2 akan nampak la lainnye. Iye la, mana mungkin kite melawan ciptaan tuhankan, paling hebat pon kita hanya boleh buat sesuatu yang seakan2 bentuk asal. =) Dan saya amat berpuas hati dengan hasilnya. Selamat MEncuba kepada sesiapa yang berminat!!! hehe




Sekian,
♥ nabilahazwani ♥

18 comments:

❤‌ princess nabilah ❤‌ said...

hye jom ke sini wah2 cm best je gigi wu hehehe

s.m.a.r.t.i.e.s said...

sis..saket x nk buat crown nie?

Nabilah Hazwani said...

xsakit langsung!walaupon doktor x bg ubat bius, tapi serius memang xrase pape. :)

Anonymous said...

huhuu dr sy pun suruh wat crown tapiii mahalnya.. masih berkira2 lagi nk buat ke idok sbb masih sayangkan gigi... thanks 4 sharing!

tun teja said...

Klau buat kan crown tu leh buka n cabut ke?

tun teja said...

Klau ada buat crown gg ni dia leh cabuy n pakai semua ka..tak pun mmg lekat terus..kuat tak dia lekat kat gg.

Nabilah Hazwani said...

alhamdulillah, setakat ni xpernah lagi tercabut gg crown nih. die lekat terus xboleh cabut. cume kene jage sikit la, xboleh gigit bnd yg keras2 sbb takot nanti die retak.

syida said...

kalau 1 gigi kedepan sket, boleh ke buat crown kat gigi tu utk adjust kasi sekata dengan gigi yg sebelahnya?

Anonymous said...

lepas dia trim gigi...kene tggu 1-2 week ke? alamak..mcmana nk berdepan dgn org kalau dah gigi depan mcmtu? cite sket nabilah..please

Anonymous said...

alamak..lepas doc trim gigi awak jd kecik mcmtu..amek masa 1-2 mggu eh nk tggu dia siap..? pastu mcmane nk berdepan dgn org kalau dh gigi mcmtu? cite sket pengalaman awak nabilah? pleaseeee..

Anonymous said...

ke ade crown sementara? crown sementara tu ok x?

Nabilah Hazwani said...

lepas trim gigi lame jadi kecik , doktor akan sarungkan dengan gigi plastik dulu. buat sementara sbb nak tunggu gigi crown 2 siap. dalam 2 minggu kene pakai gigi plastik tuh. acctually gigi plastik 2 nampak macam gigi asal je, cume kadang2 warne die lain sikit je dengan gigi asal. kalau gigi crown yg betol2 mmg warne same macam gigi asal.

Nabilah Hazwani said...

syida:: kite dulu gigi kedepan sikit satu batang, doktor suruh pakai braces dulu, bile da rate baru leh pasang crown. kene pakai braces sbb akar gigi kite yg buat gigi tuh kedepan, so dengan braces leh tarik akar gigi ke landasan yg betol.

Anonymous said...

hai . boleh terangkan tak pasal crowning ni ? kesan jangka panjang . contoh , kalau crowning teeth ni dah kuning ke apa ke boleh tukar crown baru ? atau boleh cuci mcm putihkan gg ? ini dikira gg kekal eh ? thanks :D

Anonymous said...

awak buat di klinik mane ye boleh dapat ansuran rm 100 sbln . nak buat jugak budgetlah masalahnye...

Anonymous said...

Eh nk taw klinik yg u p tu?nk bwa my sis buat crown gg...

Anonymous said...

Eh nk taw klinik yg u p tu?nk bwa my sis buat crown gg...

Anonymous said...

Hye..nk taw nma klini, yg u p tu...i nk bwa my sis buat crown gg...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...