♥ FRIENDS ARE LIKE BEAUTIFUL GARDEN ♥

Saturday, February 26, 2011

Kak Ed's Wedding =) Part 2



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Majlis Resepsi: 28 Feb 2011
Tempat: Dewan SUK, Shah Alam
















**maaf! kualiti gambar kurang memuaskan.


Sekian.
♥ nabilahazwani ♥

Kak Ed's Wedding =) Part 1



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Tarikh Akad Nikah: 25 Feb 2011
Tempat: Taman Sri Andalas, Klang





Inilah pengantinnye, Kak Add & Abg Erwan






Ambil berkat pelamin.hehehe..Insya`allah. Akan tiba masanya kelak.




**maaf agak malas nak mengarang cerita. Cukup sekadar gambar yang menceritakan segalanya ye.**


Sekian.
♥ nabilahazwani ♥

Friday, February 25, 2011

Tooth Crown @ Gigi Sarung



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Hai semua. Dalam kesibukan semua manusia menyiapkan dissert sempat lagi aku nak mengupdate blog. Nak muntah kot asik menghadap dissertation tuh, serius agak tekanan! XSUKE! Dah lupekan pasal dissertation tuh. Meh aku nak share pengalaman sikit.

Crown ni boleh dibuat untuk menggantikan struktur gigi yang telah rosak. Gigi aku dulu pernah dibuang sarafnya atas sebab2 tertentu, jadi gigi itu dah xkuat. Untuk melindingi struktur gigi tersebut, doktor menasihatkan aku untuk buat Crown nih. Sebagai QS, pasti kos yang akan diperdebatkan..hehe. Okeh! Nak buat benda alah nih akan menelan kos sebanyak RM 1300 untuk sebatang gigi. Actually die ade 3peringkat harga depend on quality kerja. Start dari RM600, RM 1300 & yang terakhir RM 1500. Jadi disebabkan budget pada ketika itu tak brapa nak ada, aku memilih untuk buat Crown yang berharga RM 1300.


Mungkin ada yang tak tau apa yang dimaksudkan dengan Crown gigi. Sila rujuk gambar dibawah untuk keterangan lanjut:




Figure 1: Menunjukkan dimana gigi yang telah rosak dan perlu disarungkan untuk memelihara struktur gigi berkenaan.

Figure 2: Struktur gigi yang rosak tuh, akan di "TRIM"(dibentuk) untuk memudahkan gigi sarung itu dipasang. Pada peringkan ini, doktor akan amik acuan gigi kita untuk tau bentuk dan saiz sebenar gigi kita, untuk tempah Crown. Gigi sarung tuh akan siap dalam masa 1-2minggu

Figure 3 & 4: Bila gigi sarung (CROWN) dah siap, ia akan di sarung & cement + dilaser untuk menstabilkan Crown tersebut.

**Material CROWN ni lebih kurang macam kaca, ada kemungkinan ia akan retak kalau kita gigit sesuatu yang keras menggunakan gigi crown tersebut. So, kalau dah buat gigi crown nih, kene la jaga betul2 ye. :)

Hasilnya amatla menakjubkan sebab rupa gigi sarung tuh xbanyak beza pon dengan gigi asal. Tapi kalau ditelek betul2 akan nampak la lainnye. Iye la, mana mungkin kite melawan ciptaan tuhankan, paling hebat pon kita hanya boleh buat sesuatu yang seakan2 bentuk asal. =) Dan saya amat berpuas hati dengan hasilnya. Selamat MEncuba kepada sesiapa yang berminat!!! hehe




Sekian,
♥ nabilahazwani ♥

Sunday, February 20, 2011

Thursday, February 17, 2011

Kisah Encik Pelangi =)



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Ramai yang bertanyakan kepada aku, kenapa jarang update entri blog pasal kisah aku dengan En. Pelangi??? Tak sayang ke?? Tak happy ke??? Tak bahagia ke?? Agak payah bila nak jawab soalan sedemikian rupa. :) Okeh! Actually, bukan dengan cara itu aku nak tunjukkan kasih sayang aku terhadap En. Pelangi =). Memang aku akui, ada sesetengah manusia yang boleh share everythings pasal kehidupan dia kat blog. And aku jugak akui, aku sangat suke baca blog kawan2 yang menceritakan pasal pasangan masing2. Kisah dorang dating, gaduh, permulaan perkenalan dan lain2. Nampak bahagia sangat2. Sambil2 tuh, dapat jugak la aku doakan kebahagiaan merekakan...hehehe =)

Tapi untuk kes aku, aku tidak terlalu terbuka untuk share kisah & gambar bersama En. Pelangi(sikit2 bolehla, tapi nak tau detail mmg agak keberatan). Terlalu peribadi...:) Biarlah apa yang kami lalui bersama, kami berdua sahaja yang tau. Bukan apa, tak manis kan nak canang cerita, kami belum ada apa2 ikatan yang sah. Lainla kalau dah kawen.opsssssssss!!! Tergatal sekejap. **maaf!** Oklah!! Kepada yang menantikan entri pasal En. Pelangi saya. Harap maaf. Permintaan anda tidak dapat saya tunaikan. Cukup sekadar dengan entri ni, 1st entri pasal En. PElangi. Sila la klik: "I LOVE HIM"


**saya sedang berada dalam keadaan yang sangat tertekan! Dissertation!!! kamu telah menyerabutkan kepala otak saya!! arghhhhhhhhh! ***


Sekian.
nabilahazwani

Friday, February 11, 2011

Birthday Dila _ 11022011 =)



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Tempat: Mc Donald`s, Shah Alam
Tarikh: 11/02/2011
Tujuan: Meraikan hari lahir Nurdila Samsuri.

inilah birthday girl nye_ Nurdila Samsuri_


Kek adalah tajaan dr Birthday girl sendiri..heheh.. Dah memang undang2 kiteorang,tuan punya birthday yang kene belanja kawan2. THANKS DILA!!!


inilah kek birthday girl nye_ 11/02_


Perkara yang sangat sweet Birthday Girl buat pada hari lahirnya ialah, telah belanja kek & letak tarikh aku couple ngan En.Pelangi dan tarikh pika couple dengan EN.Azam =)Hampir menitiskan air mata aku dibuatnya. Jujur aku nyatakan, Nurdila Samsuri adalah sahabat dan pemberi nasihat yang terbaek dalam semua aspek, terutama sekali bab PERCINTAAN. LOVE U DILA!!

Kek Pika & En.Azam


Tarikh keramat Nabilah & En. PElangi =)






Housemate saya. Depan dari kiri_nabila, dila, pika & wani. Belakang dari kiri_ Ila & Nani


Susah nak gambarkan perasaan ketika ini. Terlalu banyak perkara2 yang sweet, indah yang jadi antara kami semua. Duduk satu rumah, macam2 ragam aku jumpe, pelbagai masalah datang menjelma, alhamdulillah kami dapat selesaikan dan masih berkawan, bergurau senda sesama sendiri. Pejam celik, pejam celik dah nak abes belajar. Inilah saat yang paling aku tak suke terjadi dalam kehidupan iaitu PERPISAHAN. Tapi nak buat macam mana, inilah kehidupan, setiap perjumpaan akan ada perpisahan. Masing2 akan buat haluan masing2, dila di Johor, Pika di Penang, Wani di Melaka, Nani di Kedah & Ila di Ipoh. Satu doa aku semoga persahabatan ini kekal sepanjang hayat. :)


Sekian.
♥ nabilahazwani ♥

Monday, February 7, 2011

Tunang dan Kahwin =)



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum semua. :) Aku baru je selesai cuti pertengahan semester. Macam2 perkara yang jadi dan yang paling manis ialah tengok seorang demi seorang kawan2 seperjuangan ketika di UiTM Seri Iskandar & UiTM Shah Alam bertunang dan ada yang sudah bergelar isteri & emak orang.. Sangat sweetkan~~ ♥ ♥ ♥ Aku tumpang bahagia. Dan insyaallah akan selalu doakan hidup mereka bahagia hingga ke syurga. =)

Bila la giliran tuan empunya blog ni nak bergelar tunang orang, isteri orang, mak orang & mungkin jika dipanjangkan umur akan digelar nenek orang..heheh.. Semuanya bergantung kepada JODOH! Plus kewangan jugak kan??.huuh...**alangkah seronoknya kalau malam ni hujan duit, mak selalu cakap, ada duit sekarang pon boleh kawen. =)** Sekarang nak belanja tunang je dah ribu-ribuan. Belom kawen lagi... Berapa juta tau nak kene kumpul...ayoyo. Xpe nabilah, belaja rajin2, siapkan dissertation, ada rezki kerja rajin2, kumpul duit. Insyaallah akan tiba masanya diri ini disunting orang...weeeeeeeeeeee~~~ =)

(gambar sebagai hiasan)




Sekian.
♥ nabilahazwani ♥

Wednesday, February 2, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...