♥ FRIENDS ARE LIKE BEAUTIFUL GARDEN ♥

Wednesday, March 30, 2011

Memancing bersama En.Pelangi :)



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Hai.. :) Disebabkan agak free sekarang ni, and masa2 untuk menetap di Shah Alam kian berakhir. Aku mule la plan macam2 ngan En. Pelangi..huhu.. Macam Cheras dengan Shah Alam tu jauh sangat kan.Padahal tak sampai sejam pon perjalanan. Tapi entah, bagi aku macam jauh je..yela, nnt da balik Cheras xleh da nak spend time sekerap ni. Insya'allah pas ni nak kerja pulak...So kite enjoy**tibe2 kan..haha**

Semalam aku ikot En.Pelangi pergi memancing udang galah, sorry xbrape nak ingat name tempat tuh, tapi area2 Klang. Yes!! En.Pelangi saya sangat minat memancing. Asek dengar cerita je, sesekali nak jugak ikot kan, nak jugak tengok keadaan memancing ni macam mane. Seronok jugak mancing nih, mengajar erti sabar(bak kata En.Pelangi). Tapi bile umpan x lekat, lebam jugakla menunggu.huhu

Ni la rupe tempat tuh.


"UMPUN2" umpan udang, **banyak kali jugakla tny En.Pelangi name binatang ni, iyela nak tulis dalam blog kan**hehehe


Inilah hasilnye!! Yepppiiiiii~ 10ekor jugak kot, not sure.


Plan nak makan hasil tangkapan ni same2, tapi restoran yang kami pergi xnak amik upah masak, so xde rezeki.. Pape pon thanks awak!! I LOVE YOU SO MUCH!! =)


Sekian.
♥ nabilahazwani ♥

Monday, March 28, 2011

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT =)



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


Sekian
♥ nabilahazwani ♥

Saturday, March 26, 2011

Geng SEMBANG TERBAEKKK!



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Tarikh: 25 March 2011
Tempat: Sport Planet, Shah Alam

Seperti semester2 lepas, kami akan adakan perlawanan futsal inter-class. Pada masa inilah, hero2 bagi setiap kelas akan menunjukkan kehebatan masing2. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kelas kami mendapat tempat ke 3 bagi perlawanan kali ini. Anyway GOOD JOB BEBEH!!!!

Enjoy la gambar2 dibawah ye - kredit to kak asma





















Sekian.
♥ nabilahazwani ♥

Friday, March 25, 2011

Birthday Pakcik Yazid yg ke 48 =)



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم







Selamat Hari Lahir Yang Ke-48 Ayah! Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dikurnikan kesihatan yang baek2 dan dipermudahkan segala urusan olehNya. I LOVE U SO MUCH!!! =)


Sekian.
♥ nabilahazwani ♥

Tuesday, March 15, 2011

Tanda Kiamat Semakin Hampir. Subhanallah



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianyamerupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:



1. Zina bermaharajalela

2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.

3. Bermaharajalela alat muzik.

4.Menghias masjid dan membanggakannya.

5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.

8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.

9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

12. Orang akan melakukan homoseksual.

13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.

14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

16. Banyaknya berlaku gempa bumi.



Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.

Friday, March 11, 2011

ALHAMDULILLAH.. :)



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Alhamdulillah. 11 MARCH 2011. Itulah tarikh yang dinanti2 oleh semua pelajar part 6, sebabnye, hari ni adalah tarikh kami semua hantar dissertation. FUHH!!! Lega rasanya. :) Alhamdulillah... Banyak dugaaan dalam menyiapkan dissertation nih, ade sampai satu tahap aku give up! Tapi alhamdulillah, atas nasihat orang tersayang aku kembali bersemangat..ngeeeeeeeeeeeeee :) Sekarang masa untuk fokos untuk menyiapkan segala assignment dan belajar bersungguh2 untuk score dalam FINAL EXAM pulak.. Untuk dissertation aku hanya mampu berdoa dan bertawakal untuk dapat yang terbaek.



Sekian.
♥ nabilahazwani ♥

Tuesday, March 8, 2011

Sunday, March 6, 2011

kenapa ada orang KEJAM macam nih!!!




Pagi2 bangun, terus on9. Bukak facebook tibe2 ade orang share video nih. OMG!!! 1st time tgk video kejam macam nih. Dulu pon ade gak video bunuh2 kucing ni kan, yang ade sorang pompuan Korea/Jepon bunuh anak kucing dengan heels(kalau x silap la), tapi aku xtengok pon, aku dengar cite je, xsampai hati nak tengok. Tapi tah macam mane tergerak hati nak tengok video nih. MENANGIS!(itu kesimpulan yang dapat dibuat selepas tengok video nih)

Serius, aku ni penakut kucing! And kadang2 terpikir kenapa ada kucing kat dunia. Boleh dikatakan aku kurang meminati binatang ni, iye la dah takut xkan nak suke plak..hehe. Tapi yang menjadi persoalan sekarang, PERLU KE POMPUAN NIH WAT MACAM NI KAT ANAK2 KUCING TUH!!!! Geramnye...!!!


Sekian.
♥ nabilahazwani ♥

Friday, March 4, 2011

Chris Medina - What Are Words



Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
Anytime you whisper my name, you'll see
How every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone

And I know an angel was sent just for me
And I know I'm meant to be where I am
And I'm gonna be
Standing right beside her tonight
And I'm gonna be by your side
I would never leave when she needs me most

What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone

Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
And I'm gonna be here forever more
Every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

I'm forever keeping my angel close




Chris Medina - the guy who touched everyone's hearts and possibly made us shed a little tear with his heartbreaking love story about his girlfriend who currently suffers from brain injury due to a car accident.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...