♥ FRIENDS ARE LIKE BEAUTIFUL GARDEN ♥

Sunday, July 31, 2011

Selamat Berpuasa Semua! :)



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم





Selamat Berpuasa Semua! :) Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua. Sama2 la kita menambah dan penuhkan bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan amalan kepadaNya.

‎"Peluklah Ramadhan ini seerat mungkin,kerana tiba masanya kita tpaksa mlepaskannya..Andai Ramadhan ini yg terakhir,semoga ia yg tbaik di sisiNya.."

Maaf setulus hati buat semua. PEACE!!!!


Sekian.
♥ nabilahazwani ♥

Wednesday, July 20, 2011

Layan Sehh ^_^




Bagi pendapat aku Faizal Tahir nyanyi lagi layannn..:) FT memang best!





Sekian.
♥ nabilahazwani ♥

Wednesday, July 13, 2011

Monday, July 11, 2011

Pameran Pengantin Malaysia 2011 ♥



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Tarikh: 10 July 2011
Tempat: PICC, Putrajaya


**merujuk entri sebelum ini: Pameran Flora 2011 :)**

Setelah puas melawat bunga2 yang ada, aku ngan En.Pelangi pon bergerak ke PICC, Putrajaya untuk menyaksikan Pameran Pengantin Malaysia 2011. Actually, mak aku yang mencadangkan supaya kami berdua pergi ke pameran pengantin. Tengok2 & survey2 apa yang perlu katanye.. :)Tema pameran pengantin untuk kali ni ialah Pretty in red, Snowy white. Kire merah putih la. Banyak decoration2 menggunakan rose merah and dipadankan dengan warna putih. Sangat cantik.. :)


Banyak pihak2 yang berkaitan dengan tunang, nikah & kawen ni join pameran ni. Seperti catering, make up artis, photographer, andaman2, baju pengantin, spa2, kad kawen, dan lain2. Cume dalam banyak2 tuh aku rasa macam kurang satu sebab booth untuk decoration hantaran xde. Kalau ada, mesti lagi bertambah seronok.Dan untuk bakal2 pengantin or sape2 sahaje sangat bagus untuk ke pameran ni sbb kita boleh dapatkan pakej2 yang sangat murah. Tapi untuk aku and En.Pelangi, kami hanya survey2 sahaja, sebab kalau nak ambik pakej2 ni semua, kena sertakan the exactly tarikh nikah pasangan.

dua baju ni sangat cantik & En.Pelangi suke dengan design die



Gambar 1st & 2nd korang boleh rujuk: Zaifie Zainal Dalam banyak2 booth, aku tertarik dengan booth milik Zaifie Zainal nih. Rekaan baju die sangat cantik.


Gambar kat bawah ni aku xingat sape punye design, tapi En.Pelangi suke dengan warna baju tuh dark turquoise kalau xsilap. Jarang orang buat warna ni. Cantik kan.. :) Macam kene plak dengan pelamin warna merah putih.


template2 yang sangat berguna dimasa akan datang :)



Actually banyak lagi gambar2, tapi letih la nak upload semua kan.hehe. For the first time kami dapat ucapat SELAMAT PENGANTIN BARU dari kawan En.Pelangi yang kebetulan datang ke pameran tu. Terkesima aku kejap kan..haha. Insyallah.. Doakan semoga Allah swt mudahkan segala rancangan kami ye kawan2 :) Dah penat jalan2 tengok booth yang ada, kiteorang lepak2 kejap kat depan PICC, tengok pemandangan Putrajaya. Cantik, tenang je. :)





En.Pelangi malu2 =)



Sekian.
♥ nabilahazwani ♥

Pameran Flora 2011 :)



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Tarikh: 10 July 2011
Tempat: Presint 2, Putrajaya

**merujuk entri sebelum ini:Gara2 BERSIH!!!

Setelah segala perancangan untuk berdating tergendala gara2 sangkut lebih kurang 6jam kat jem. So, semalam aku ngan En.Pelangi balas dendam. hehe. Tempat pertama yang kiteorang pergi untuk hari ni ialah Pameran Flora 2011, di Putrajaya. Best! Banyak bunge yang cantik2. Terutama sekali bunga favorite aku iaitu ROSE! =). Sesuai la dengan tema pameran untuk tahun ni iaitu "MAWAR UNTUK SELAMANYA". Yang paling best , ade satu bilik berhawa dingin tuh penuh dengan decoration2 yang berasaskan rose. Dorang jual murah2 sangat fresh flower tuh. Ishhh... mintak2 la nanti time aku nak kawen, and nak buat hantaran. Pameran ni ada lagi, boleh la pulun beli fresh flowers tuh dijadikan hiasan hantaran **sangat berangan ok** :)



Sebagai cenderahati En.Pelangi belikan aku bunge favorite iaitu ROSE! =) Suke sangat2.. :) Setiap orang dalam family aku dapat rose dr En.Pelangi kecuali Nadiah Amira yang kini berada di Arau. Angah, En.Pelangi cakap ko punye bile semua da layu nanti. Kire ko punye bunga2 kering la. :)

bunge rose ku yang masih didalam bungkusan


merah:nabilah hazwani, pink:amirul, kuning:luqman, putih:mak&ayah


Terima Kasih sayangku! :)


Untuk sesiapa yang berminat boleh berkunjung ke Pameran Flora ni kat Presint 2, Putrajaya. Start dr 9July - 19July 2011.

Sekian.
♥ nabilahazwani ♥

Saturday, July 9, 2011

Gara2 BERSIH!!



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Tarikh: 9 July 2011
Tempat: Grand Saga Highway, Cheras


OK. Semua manusia tahu yang pada tarikh yang tertera diatas itu , Malaysia telah digegarkan oleh perhimpunan yang agak mengarut bagi aku la. Iaitu perhimpunan BERSIH 2.0. Semua jalan2 kearah Kuala Lumpur ditutup dan semua pihak polis diarahkan untuk buat pemeriksaan bagi kereta2 yang nak masuk Kuala Lumpur. Dan disebabkan itulah Highway2 utama kearah Kuala Lumpur dilanda kesesakan yang amat teruk! :(

Kebetulan tarikh itu, aku telah dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu kakak ipar En. Pelangi di Bandar Tun Razak. Ok, dengan beriya bersiap, cantik2 nih. Maklomla, nak jumpe bakal kakak ipar & abang ipar (padahal bukan pertama kali jumpe pon, boleh dikatakan banyak kali.. :) tapi excited 2 tetap ada) Pukul 12.00tengahari keluar dari rumah, sbb nak kena amik En.Pelangi dulu then baru gerak sama2 ke kenduri, xsampai 5minit. Amik kau! JEM!! huhuhu. terniat nak patah balik, tapi degil kan. Ingat kejap je JEM nye.....



Dari pukul 12.00 thgri sampai pukul 6.00 petang. ENAM JAM sangkut kat jem!! Mase tuh aku memang nak g ketuk je kepale orang2 yang join BERSIH tuh. Sangat menyusahkan org. Mereka memang bertindak tak ikot akal fikiran kot! (ok, malas nak bercerita pasal manusia2 xberakal tuh) Kesesakan yang sangat teruk ok. Setiap 5minit, polis hanya lepaskan sebijik kereta. Korang boleh bayangkan x?? betapa lamenye JEM tuh. :(

Jam 12.00 tengahhari - 4.00 petang:
Aku menempuh kesesakan sorang2. Macam2 ragam manusia aku tgk. Nak marah dengan BERSIH pon xgune kan, So, gelagat2 manusia yang sama2 tersangkut kat jem tu la menjadi penghibur.

sangat kembang ok muke aku.. -.-


Jam 4.00 petang - 6.00 petang
Sedang khayal tengok gelagat2 manusia, tiba2 cermin kereta ku diketuk. Suspen jugak kan, ingatkan makhluk yang nak simbah asid tuh. Rupa2nya En.Pelangi. :) **sweet x**haha. En.Pelangi risau aku sorang2 dalam jem so die datang naek moto and park moto kat shell then En.PElangi lintas Highway & berusaha mencari Kereta aku..hehe. (kenapa En.Pelangi datang lambat sangat?? sebab area uma En.Pelangi hujan lebat, so kene tunggu hujan berhenti baru boleh datang teman aku.. :) **thanks sayang!! ** Da xbosan da duk dalam JEM masa nih.hehe

Setelah kereta aku lepas dari sekatan, terus pecut ke kenduri. Sebenarnye kenduri da habis. Tapi xkisah pon, sbb just nak hadirkan diri je. Malam tuh, lepak2 makan dengan En.Pelangi, dan abang serta kakak ipar En.Pelangi. =)


Sekian.
♥ nabilahazwani ♥

Friday, July 8, 2011

Mission No. 1: Accomplished! :)



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Tadaaaaaaaa~~ :) Inilah hasil kerjaku. Kalau korang follow kisah2 aku sebelom2 ni, aku banyak mengomel pasal dissertation kan. Dan inilah rupenye aku punya dissertation setelah dijilidkan. Lepas ni dissertation aku ni akan disimpan oleh pihak Uitm untuk dibuat rujukan pelajar2 berikutnye**itupon kalau student2 lepas ni berminat la nak buat tajuk yang berkaitan ngan tajuk aku kan** :) Terima Kasih sekali lagi diucapkan kepada sesiapa sahaja yang banyak memberi tunjuk ajar, semangat dan lain2 untuk aku jayakan dissertation nih.




Sekian.
♥ nabilahazwani ♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...