♥ FRIENDS ARE LIKE BEAUTIFUL GARDEN ♥

Saturday, July 28, 2012

Doa Seorang Isteri. :)


Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insn lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..


Monday, June 25, 2012

One Month already! ^_^

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Alhamdulillah, hari ni genap sebulan kami bergelar suami isteri. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan nikmat & perasaan terindah yg dikurniakan oleh-Nya buat kami. Aku harap kebahagiaan ini kekal sampai ke syurga.

 I LOVE YOU ABG!! :))

Sekian,
nabilahazwani

Miss ALTECH! :(

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Sudah sebulan lebih aku meninggalkan company ni, rindu sangat2. Next week aku akan mule bekerja di company baru, Chinese Company jugak. Hopefully environment sebaik ALTECH!!



Sekian.
nabilahazwani




Wednesday, June 20, 2012

Majlis Resepsi Nabilah & Azrul :)


                            سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Tarikh: 26th May 2012
Place: Pusat Komuniti Taman Bukit Cheras, Selangor









door gifts! :)




  

  
  




my happy family! 

orang2 kuat majlis! TQ sangat2! :)
Sekian.
nabilahazwani

Wednesday, June 13, 2012

Majlis Pernikahan Nabilah & Azrul :)


 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Tarikh: 25.05.2012
Tempat : Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.

Alhamdulillah, setelah setahun lebih kami menyulam cinta, akhirnye pada tarikh 25.05.2012, kami sah menjadi suami isteri. :) Aku dinikahkan oleh ayahku sendiri, sedih memang sedih Allah s.w.t je tahu perasaan mase ayah bacekan ijab & Mohd Azrul menerima akad nikah. Pape pon, alhamdulillah, majlis berjalan lancar & sangat besederhana. I`m happy!! :)











my mak & ayah. TQ so much!!

bersama mak mertua & adik ipar, kakak n abg ipar. :) 



**gambar diatas bukan dari phothographer profesional ok, ini hasil kerja my adik, Amirul** :)

Sekian,
nabilahazwani

Tuesday, May 15, 2012

#LOVE

I'm not the perfect girlfriend. I'll yell at you, get jealous, be stubborn, over think, get insecure. I know I’m hard to deal with sometimes, love. I’m sorry. But you know, I'll love you better than anyone. ♥


Wednesday, May 9, 2012

Wedding Nik & Mas ~ ♥

 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Tarikh: 06.05.2012
Tempat : Banting, Selangor.


Selamat Pengantin Baru Nik & Mas

Gadis2 cantik ^_^

Kami Bersama Pengantin Baru

Nabilah & Azrul

Sekian.
nabilahazwani

Monday, April 30, 2012

Wedding Card - Full View :)

                           سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Thanks to Kadkahwinku.com kerana memberi layanan dan perkhidmatan yang sangat baik dalam memproses kad kahwin kami. Sangat senang berurusan dengan team kadkahwinku.com ni sebab dorang sangat aktif dengan facebook, so kalau nak update, or tny pape just tny kat facebook memang team dorang akan jawab segala pertanyaan kita. :) Sangat recommended okay!

Antara artis dan orang yang 'ternama' yang penah menempah kad kahwin kat sini ialah Ashraf Muslim, anak Pohpia S.A Ali (xtau la korang kenal or x ^_^) & the latest one ialah Scha&Awal! Glamor x?? :) Walaupon dorang sangat terkenal dikalangan artis, tapi harga yang ditawarkan sangat berpatutan. kalau x silap serendah RM 0.20. :)

Okay! Enjoy dengan gambar kad kami ye! :)

Kadkahwinku :)

Part 1


Part 2

Part 3

Part 4

**gambar xbrape nak jelas sbb aku scan kad nih. Untuk gambar yang lebih jelas boleh click link nih Impianku**

Sekian.
nabilahazwani
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...