سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Hai semua. Dalam kesibukan semua manusia menyiapkan dissert sempat lagi aku nak mengupdate blog. Nak muntah kot asik menghadap dissertation tuh, serius agak tekanan! XSUKE! Dah lupekan pasal dissertation tuh. Meh aku nak share pengalaman sikit.
Crown ni boleh dibuat untuk menggantikan struktur gigi yang telah rosak. Gigi aku dulu pernah dibuang sarafnya atas sebab2 tertentu, jadi gigi itu dah xkuat. Untuk melindingi struktur gigi tersebut, doktor menasihatkan aku untuk buat Crown nih. Sebagai QS, pasti kos yang akan diperdebatkan..hehe. Okeh! Nak buat benda alah nih akan menelan kos sebanyak RM 1300 untuk sebatang gigi. Actually die ade 3peringkat harga depend on quality kerja. Start dari RM600, RM 1300 & yang terakhir RM 1500. Jadi disebabkan budget pada ketika itu tak brapa nak ada, aku memilih untuk buat Crown yang berharga RM 1300.
Mungkin ada yang tak tau apa yang dimaksudkan dengan Crown gigi. Sila rujuk gambar dibawah untuk keterangan lanjut:
Figure 1: Menunjukkan dimana gigi yang telah rosak dan perlu disarungkan untuk memelihara struktur gigi berkenaan.
Figure 2: Struktur gigi yang rosak tuh, akan di "TRIM"(dibentuk) untuk memudahkan gigi sarung itu dipasang. Pada peringkan ini, doktor akan amik acuan gigi kita untuk tau bentuk dan saiz sebenar gigi kita, untuk tempah Crown. Gigi sarung tuh akan siap dalam masa 1-2minggu
Figure 3 & 4: Bila gigi sarung (CROWN) dah siap, ia akan di sarung & cement + dilaser untuk menstabilkan Crown tersebut.
**Material CROWN ni lebih kurang macam kaca, ada kemungkinan ia akan retak kalau kita gigit sesuatu yang keras menggunakan gigi crown tersebut. So, kalau dah buat gigi crown nih, kene la jaga betul2 ye. :)
Hasilnya amatla menakjubkan sebab rupa gigi sarung tuh xbanyak beza pon dengan gigi asal. Tapi kalau ditelek betul2 akan nampak la lainnye. Iye la, mana mungkin kite melawan ciptaan tuhankan, paling hebat pon kita hanya boleh buat sesuatu yang seakan2 bentuk asal. =) Dan saya amat berpuas hati dengan hasilnya. Selamat MEncuba kepada sesiapa yang berminat!!! hehe
Sekian,
♥ nabilahazwani ♥