♥ FRIENDS ARE LIKE BEAUTIFUL GARDEN ♥

Friday, October 22, 2010

Thursday, October 21, 2010

PRAY~



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


"Ya Allah, jika dia benar diciptakan untukku maka Kau satukanlah kami dengan ikatan yang sah.. Tetapi jika dia bukan jodoh yang terbaik untukku, maka Kau hapuskanlah perasaan yang mula bercambah dalam hatiku ini & kekalkanlah kami sebagai persaudaraan Islam saja.." Ameen Ya Rabb..







lots of love,hugs & kisses
♥ nabilahazwani ♥



Sunday, October 17, 2010

Friday, October 15, 2010

kata hikmat



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


"Seperti setiap semester, minggu yang ke 14, hari jumaat, jam 12.00.01, akan datang angin sepoi2, masa itu akan kedengaran bunyi 'KRIIIIIIIINNNGGGG', tiba2 anda semua jadi cerdik pandai, tahu semua pasal QS, tak tahu pun kena tahu juga, you are now alone and on your own, nobody is going to spoon-feed you anymore, the sky is the
...limit for success, I wish you all good luck, Ameen ! :) Allahuakbar :)"




kata2 ini adalah kata2 seorang sifu bagi aku iaitu Tuan Haji Rosli Bin Hussein ( lecturer Diploma Ukur Bahan, UiTM Seri Iskandar Perak. Bile bace post dia kat facebook, baru la tersedar yang aku nih da nak abes belajar. tinggal lagi satu sem, dan insyaallah aku akan grad tahun depan. :)





lots of love, hugs & kisses
♥ nabilahazwani ♥

BACE NI KAWAN2!

PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA



Kurangkan makan bawang besar

Kurangkan makan berempah

Kurangkan makan ketumbar kering

Kurangkan menonton hiburan

Kurangkan membaca majalah hiburan

Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)

Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2

Jangan makan kepala ikan

Jangan minum air yang ada semut

Jangan tidur selepas subuh

Jangan tidur selepas asar

Jangan tidur selepas makan

Jangan makan terlalu kenyang

Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

Jangan menyapu rumah pada waktu malam

Jangan makan yang masam-masam berlebihan

Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam




lots of love hugs & kisses
♥ nabilahazwani ♥

Monday, October 11, 2010

1st time maen bowling!

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Semalam merupakan Birthday classmate aku, so dengan tidak sengajenye aku di jemput untuk meraikan beliau. Beliau yang dimaksudkan ialah Norsuraya Azma(nonoy). Dengan sumber kewangan yang terhad kami perlu memikirkan tempat yang agak murah untuk bersuka ria. Apa lagi BOWLING la yang menjadi pilihan. Siyes, selama aku idop 22tahun. Aku belom pernah pegang bola bowling tuh, xtau nape aku xrase seronok pon maen bowling nih. TETAPI!!!! Semalam baru aku rase nikmat maen bowling nih. Nak tau x, aku yang paling amatur leh dapat no 2 lawan ngan dila, nonoy & ida. No 1 jatuh kepada birthday girl la, actually aku saje bagi peluang!hehe.













Selepas bermaen bowling kami pergi karoke & makan pizza! Yes! sangat happy kluar lepak ngan korang. Pasni kalau boring aku tau dah nk ajak sape kluar!hehe. To nonoy selamat hari lahir. Aku akan pastikan ko kalah next game nnt. :)



















lots of love,hugs & kisses
♥ nabilahazwani ♥

Sunday, October 10, 2010

OPEN HOUSE yg sangat SERONOK!

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Cukup sekadar berceloteh pendek:

Taman Dato' Keramat, Rumah Faiz sebagai rumah pertama

Juadah di rumah Faiz ialah Nasi Ayam & pizza

Setelah semua ada, konvoi yang akhirnya terputus ke rumah aku

Ramai sangat2 tetamu, sorry kawan2 rumah sempit!

Sorry lagi sekali, sbb aku agak bz & xsempat nak layan korang

Juadah di rumah ku ialah, laksa johor dah puding koktel!! yummy

Thanx mak, sebab masak sedap2~

Thanx housemate sbb sudi menghulurkan bantuan saat aku sangat bz!

Thank kawan2 yang sudi datang rumah aku!, Happy sangat berkumpul ramai2!!!















lots of love, hugs & kisses
♥ nabilahazwani ♥

Thursday, October 7, 2010

Gud job DSC!!!

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Fuhhhh!! Lega rasanya.. :) Okeh, hari nih aku ada presentation Applied study..(lebih kurang mcm presentation client ngan consultant. DSC nama group kami, 1st group yang present. Alhamdulillah, semua nya berjalan lancar. Question and Answer 2 normal la kan, xkan xde Q&A langsung mase presentation. Tapi semua Question kami dapat jawab dengan sempurna. Disini, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada supervisor kami En Pisol, kerana telah memberi banyak tunjuk ajar. Betol cakap beliau, mase mule2 memamg rase tension bekerja ngan En Pisol nih, semua benda nak kene tunjuk dengan teliti & result nye ialah hari ini, group kami dapat jawab semua soalan dengan baek... Thanx Encik!!!!! Jasamu akan ku kenang!!! Hope dapat result yang sempurna la untuk subject nih.. :)


DSC GROUP MEMBERS




**siyes aku akan merindui ofis kite kat LeLac!! Perbincangan tentang PAYBACK PERIOD, CASH FLOW!! walaupon serabut tapi best! :)



lots of love, hugs & kisses
♥ nabilahazwani ♥

MENGAPA KITA LAMBAT BERTEMU JODOH?




1. Usaha Belum Sempurna
“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.

Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh?

Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.


2. Belum Benar-benar Bersedia
“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.

Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.

Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.


3. Tiada Daya Penarik
“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.

Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.

“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.


4. Doa Tidak Makbul
“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.


5. Restu Ibu Bapa Belum Total
“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.

Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.


6. Faktor Metafizikal
“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.

Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.

Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”


**source: laman web Dr Fadhilah Kamsah**



lots of love,hugs & kisses
♥ nabilahazwani ♥

Wednesday, October 6, 2010

CINTA DAN ABC

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




A B C D E F G H I ......*dan seterusnya* mudah kan. Perkara pertama yang semua orang belajar masa mula2 masok ke alam tadika. Xyah tunggu tadika pon mak dah ajar mengenal ABC kat rumah, betol x?? So ape kaitan nye dengan cinta? Ni la nak cite nih..hehe.

5tahun lepas, aku pernah bace satu coretan dari myspace kawan sekolah, dan coretan ini lah satu2nye coretan yang insyaallah aku akan ingat sampai mati la kire. Sebab ape yang dinyatakan dalam coretan itu sangat lah menusuk hati aku, dan membuat kepala otak aku nih, berputar ligat memikirkan ade benarnye coretan itu(skema nak mampos ayat kau!) :)

CINTA ibarat kite belajar ABC. 1st berkenalan, luahan isi hati masing2, kenal hati budi, bawak jumpa parents .....putus! 2nd berkenalan lagi sbb dah jumpe orang baru, luahan isi hati masing2, kenal hati budi, bawak jumpe parents then...putus. Macam itu la seterusnya. Yang dimaksudkan ibarat ABC ialah, step perkenalan kite dengan seseorang sebelom jumpe jodoh yang telah ditentukan olehNya ialah ABC dan amat susah untuk ke Z! Setiap kali berkenalan dengan orang baru kite akan mule semula dengan A then B then C~~ bile tak jadi dan kenal dengan orang baru step tadi akan diulang semula.huhu. Penat kan??? KAdang2 terfikir alangkah senangnye kalau kite tahu siapa jodoh kita kan. Xperlu susah2 nak kenal setiap orang dr A dan xketemu Z~~

Aku selitkan doa ini untuk dikongsi bersama. Semoga Allah ketemukan kite dengan insan yang soleh & solehah.



DOA JODOH

“ROBBI HABLII MILLADUNKA ZAUJAN THOYYIBAN WAYAKUUNA SHOOHIBAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH”.

Artinya:
“Ya Robb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat”.






lots of love, hugs & kisses
♥ nabilahazwani ♥

Tuesday, October 5, 2010

Kehidupan & Cinta

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Kisah ini dicoretkan berdasarkan pengalaman tuan empunya blog..

FORM 1 (Tingkatan 1)
Kuantan,Pahang
Saat yang ditunggu2 oleh semua orang yang sempurna sebab kain sekolah dah bertukar warna. Bosan dengan warna kain sekolah rendah~biru pekat (sampai sekarang aku keliru biru muda & biru tua tuh macam mane, sebab itu la aku panggil biru pekat & biru cair itu lebih mudah..hikhik)Kini leh pakai kain sekolah warne biru laut..yepppiiiiiiiii~~ sangat happy okeh! Sebab dah besar!!! Masa itu semua sudah berganjak ke zaman remaja. Dan disaat itulah aku 1st time jatuh cinta. Bercinta xnak kalah kan, couple ngan senior terus, abang form 4(amik kau!!!haha) Mase itu lah aku ni diantikan oleh akak2 yang poyo kat sekolah tuh. Iyela, adik dapat abang senior, bukan calang2 abang pulak tuh, abang yang berpengaruh jugak la kat sekolah tuh.hehehe... Tak lame pon kami leh dating kat sekolah sebab ayah aku kena tukar ke Kuala Lumpur. Ermmmmmm!!!! Xsuke!!! Iye la, kena tinggalkan pakwe kat Kuantan and aku duduk kat Kuala Lumpur. Sape yang rela kan.(maaf ye, pemikiran time nih, xbrape nak matang..) Tapi nak xnak kena jugak berpisah.



FORM 4
Cheras, Selangor
Percintaan aku ngan abang form 4 terhenti setelah hampir 4tahun kami bercouple. Biaselah, bila dah besar menggatalnye lebih sikit. "maafkan saye ye abang form 4, saye maenkan perasaan awak, kite xsetia"huhuhu.. Siyes rase bersalah sangat. Aku kenal ngan mamat Melaka la pulak. Ceh!!! Agaknye memang dah ketentuan Allah kot. Aku memang xberminat ngan lelaki yang berada disekeliling, nak jugak yang jauh berbatu2.:) Budak Melaka, yang sebaya. Bile dah besar, dah pandai la kan nak bawak jumpe parents. Tapi hubungan kami xkemana jugak, bertahan selama 4tahun je. Tapi couple ngan mamat Melaka nih banyak ajar aku erti kehidupan, dan perpisahan kami xmemutuskan hubungan ape2 pon. Kami still kawan macam biasa.
***tapi ape yang banyak mengajar aku bile kenal dengan mamat nih ialah mase couple jangan dok ajak pasangan kite lepak kat rumah jumpe mak ayah, sebab bile xjadi ia akan influence family sekali...*****



2010
Shah Alam, Selangor
Bila dah tak jadi ngan mamat Melaka, Kenal pulak ngan Mamat perak! Ngan mamat nih lagi la kejap. setahun je bertahan..hehe. Tapi kami still kawan macam biasa. Ade sebab2 kami xboleh nak bersama, dan kami ambil keputusan untuk berkawan. Couple asek nak gadoh, baek kawan betol x???


Ermmmm~~ actually tak ade ape pon nak dikongsikan. Cume ingin meluahkan isi hati. Kepada adik2 zaman remaja jangan dipenuhi dengan dunia couple macam aku nih. Siyes, sekarang baru aku rase macam mane rase idop bebas tanpa dikongkong oleh sesiapa. Kite leh buat ape je kite nak. Memang pantang aku nak dikawal kan, "sape kau? suami???~~"heheh. Selagi tidak bergelar suami jangan nak control saye sesuka hati okeh!!!**amaran keras**. To semua lelaki yang pernah hadir dalam hidup aku, thanx! kamu semua telah banyak memberi aku pengajaran & mematangkan pemikiran dalam dunia percintaan. Aku tak pernah salahkan takdir atas ketidakjadian(BM kau hancur nabilah!!!!) hubungan kami. Aku bersyukur sebab Allah bagi aku peluang untuk mencintai, dicintai, mengecewakan & dikecewakan..:)

bubye!

lots of love, hugs & kisses
♥ nabilahazwani ♥

Sunday, October 3, 2010

CEPAT LA ABES!

Huhu!! Cepat la abes belajar ni weh!! Penat dah nih. Tak larat rase nak lalui kehidupan yang menyerabutkan nih. Nabilah, sabar ye. Ade lagi satu sem je lagi. Sem ni tinggal final exam, pulun la sampai muntah!! Pas abes degree nih, nak kene berebut2 cari keje plak, nak kne tolong mak ayah baru la leh~~~~jengjeng **lihat gambar dibawah.. weeeeeeeeeeeee



Cuit2!! Ko ingat senang ke nak kawen nabilah!!! Calon pon xde ade hati nak berangan..wakakaka.. Diri sendiri pon xterjage, keputusan pon kne bergantung kat mak ayah lagi, mcm mane nak kawen! **terputus angan2 bile pikirkan tanggungjawab yang terlalu besar bile berumah tangga** hurmmmmmm... Ape lagi nak merepek tah! Dah2~~ maaf ye. terpakse mengundur diri sebab assignment Project Management sedang menanti saya, due tuk submit adalah esok!!!! PULUN!!!!!!!

lots of love,hugs & kisses
♥ nabilahazwani ♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...