♥ FRIENDS ARE LIKE BEAUTIFUL GARDEN ♥

Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya.



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua rakan2, Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu keberkatan & keinsafan kepada kita semua. Selamat memulakan perjalanan, berhati2. Maaf zahir dan batin ye.


Sekian.
♥ nabilahazwani ♥

My 1st Salary =D



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Alhamdulillah, buat pertama kalinya aku dapat duit gaji. Syukur sangat2. So start dr sekarang aku da mule belajar untuk allocate duit tuh. List wajib untuk setiap bulan:


1. Mak ayah RM###.##
2. Kereta RM 350.00
3. Minyak RM 200.00
4. Simpanan masa depan**kahwin** RM500.00++
5. Makan dan belanja lain(dating) RM 500.00
6. PTPTN (plan nak start bayar tahun depan.hehe)
7. Topup RM50/month
yang selebihnye masih lagi xtau nak allocate untuk ape, mak cakap tunggu second gaji baru kita pandai nak allocate.


Yang paling best tahun ni tahun pertama aku akan bagi duit raya untuk mak ayah, adik2 & sedara mara. :) Sangat Happy ok. Duit da siap simpan dalam sampul dah.hehe. :)

gambar hiasan



Sekian.
♥ nabilahazwani ♥

Tuesday, August 23, 2011

Saturday, August 20, 2011

BOSS belanje Berbuka Puasa :)



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Tarikh: 19 August 2011
Tempat: Perkarangan 'ALTECH'

TQ BOSS! Pada tarikh berkenaan boss aku belanja semua staff berbuka puasa, termasuk la yg bukan muslim skali. :) Actually ni bukan setakat majlis berbuka puasa je, company aku buat untuk birthday dinner sekali. Yang aku tahu, every two months, company ni akan buat birthday dinner, so kebetulan bulan ni kene pada bulan puasa. Itu yang terus buat sekali harung. Sangat seronok sbb dapat mengeratkan silaturrahim. Selame ni duk dalam opis xberapa nak kenal dengan staff2 yang jage kilang. Lebih kurang 30 orang jugak la staff ALTECH nih.

Menu utama ialah Nasi Beriyani + Ayam Masak Merah + Kuah Dalca + yang paling SYOKKK!! ialah KARI KAMBING!! yumyum!! Menu2 sampingan pula ialah satay, bihun goreng dan banyak lagi.

TERIMA KASIH BOSS SBB MENGADAKAN MAJLIS BERBUKA PUASA NI. Sangat happy!





**seperti biasa, lupe nak amik gambar, kene tunggu staff lain upload baru leh share kat sini. Jadi tunggu ye **


Sekian.
♥ nabilahazwani ♥

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #1



*ditujukan khas buat yg tersayang iaitu En.Pelangi :)

Monday, August 15, 2011

meaningful iftar with En.Pelangi ♥



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Semalam bersamaan dengan 14/08/2011 (hari ke 14 berpuasa) pagi2 kluar untuk bershopping raya. Tempat yg dituju ialah JALAN TAR. Aku xde ape pon nak beli, just teman En.Pelangi cari barang raya die. Tapi En.Pelangi xjumpe pon yang berkenan, die belikan aku selendang tuk hari raya..:) Thanks sayangku. =)

Sebenarnya tujuan utama kami berjumpa semalam ialah untuk berbuka puasa bersama2. 1st time beb! So sangat happy + excited..ngeeee.. :) Pada mula nak berbuka bersama tapi last2 minit En.Pelangi terpikir nak ajak rakan2 nya sekali. So aku xkisah, lagi ramai lagi meriah kan. Setelah berbincang, kawan En.Pelangi tempah seat kat kedai area Kampung Baru, Restoran Big Mama kalau xsilap. Not bad, RM 27.90 untuk dewasa. Aku rase ni la range yang paling murah aku penah jumpe kot. :) Ok la menu die, simple2 je. Kenyang la, dengan portion RM 27.90 tuh dapat la makan kambing panggang iaitu my fav food. :)

After makan2 kami solat Maghrib di Masjid Kampung Baru, then terus balik ke Cheras. Thanks Sayangku atas semua perbelanjaan, nnt kite da gaji kite share2 balik ok.. :)




**atas kesibukan berborak2 semalam, terlupe nak snap gambar, so entry kali ni xde la gambar kami berbuka puasa.maaf :) **




Sekian.
♥ nabilahazwani ♥

Sunday, August 14, 2011

My Workplace :)



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


The Aluminium Technology (M) Sdn Bnd nama diberi. Altech ialah name singkatan bagi company aku. Actually, ni company contractor yang buat glass beserta frame2 pintu & tingkap berkenaan dengan aluminium. Korang boleh check laman web ni untuk tau kerja2 yang company aku buat : Altech

Company ni mule established pada tahun 1986, kire dah 25tahun dalam industry pembinaan. Tempat yang paling mudah untuk cari company ni ialah berhampiran dengan The Mines, Seri Kembangan. OK! cukup la setakat itu. :)

Ni la rupe bangunan nye :)


Ni pulak tempat bos aku, bilik THE BIG BOSS plak dalam bilik kaca tuh



Ni meja2 staff, file yang tenganga tuh ialah file kerja aku.huhu. 1st day masuk, keje da bertimbun.


This is my work station :) Baru lepas kemas ok, kalau x lintang pukang file kat atas meja ni.. :)


Aku suke company & staff die. Hope boleh tahan lame la kat company nih, sbb boss untuk Contract Department sangat baek, sangat xlokek dengan ilmu. Kene tegur adalah perkara biasa bagi budak baru belajar macam saya. :) Oklah, gua mahu siap2 untuk ketemuk En.Pelangi.hehe


Sekian.
♥ nabilahazwani ♥

Saturday, August 13, 2011

1st week as Wanita Bekerjaya =)



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Hai semua, agak lame aku x update aku pny blog nih. Dah bersawang da pon..hehe. Biase la seminggu ni aku bz sikit :) Korang bace tajuk entry pon da tau ape yang bakal aku coretkan ni kan.. :)

8 August 2011 merupakan hari pertama dalam hidup aku dengan rasminya bergelar wanita bekerjaya. YES!! Selama hidup ni aku xpernah memalui fasa bekerja. :)**dulu masa diploma ade la buat praktikal, tapi maen2, so xrase sangat la** Mak ayah pon xgalakkan anak2 dorang keje saat2 cuti semester dan lain2, kerja time betol2 tibe masa untuk kerja. So sekarang aku dah habis belajar, & alhamdulillah, dapat kerja. Jadi bermulalah fasa hidup baru. Hari2 bangun tido dah ade tanggungjawab yg akan terlintas difiran untuk disiapkan hari tersebut. :)



Iye jike diikotkan agak lambat jugak sebenarnye aku start keje compare dengan rakan2 seperjuangan. Actually, offer dapat dari bulan Jun lagi. Tapi company tuh suruh aku masuk bulan August. Memang aku xnak cari tempat lain pon, sbb company nih paling dekat dengan uma & salary yang ditawarkan agak tinggi compare dengan tempat2 lain. ITU YG BEST!!! :)

Tujuan utama nak kerja ialah nak simpan duit untuk KAHWIN!! Selain dr tolong mak ayah yg sudah menjadi tanggungjawabkan. :) Alhamdulillah, hari ni sudah seminggu aku bekerja. Alhamdulillah jugak sbb Allah makbulkan doa aku untuk dapat tempat kerja seperti yang diinginkan. Tempat, management, staff & boss sangat baek. :)


**entry seterusnya ialah berkenaan dengan my workplace**

Sekian.
♥ nabilahazwani ♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...